Saturday, February 14, 2009

Kenali diri melalui iris(anak mata), tapak tangan dan keajaiban angka(tarikh lahir)

surah adzariat- ‘tidakkah dalam tubuh kamu, kamu memerhatikan?’
sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta bersilih gantinya malam dan siang, terdapat tanda tanda bagi orang yang berakal- firman Allah.

Malah terdapat banyak lagi ayatulquran yang mengajak kita agar berfikir dan mengenali diri dan alam.
mengapa?

Kerana sesungguhnya bertafakur, memuhasabah dan berfikir mengenai diri, alam semesta dan setiap sesuatu kejadian dan aturan Allah itu adalah tabiat orang yang beriman dan dengannya keimanan mereka bertambah.

Melalui tubuh dan tarikh lahir kita juga ada tanda dan petunjuk dari Allah mengenai kebesaranNya.
mengetahui dan mengenali diri sendiri adalah ilmu awal mengenaliNya. namun, mengetahui kelemahan dan kekuatan diri adalah pengetahuan penting untuk kita menjadi hambaNya yang terbaik.

bukankah kita adalah sebaik-baik kejadian? halangan dalam diri perlu kita atasi dan kekuatan kita pula perlu kita ketahui, maka lebih mudahlah kita memperbaiki diri dan menjadikan kita umah hasanah.

carilah ilmu walau ke negeri cina, - sabda rasul junjungan kepada umatnya yang ketika itu tiada kenderaan terpantas ke cina melainkan dengan kapal dan tiada kecanggihan teknologi selain untuk membuktikan berusahalah mencari ilmu walau dimana dan dengan siapapun asalkan ia dapat menambahbaikkan kita dan membentuk diri menjadi lebih baik daripada semalam.
carilah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad- sunnah rasul yang menunjukkan ilmu itu suatu proses yang tiada kesudahannya.

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...