Monday, May 4, 2009

Rahsia Pergaulan 3

oleh;Dr. Rokiah Ahmad Jabatan Pengajian Al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam UKM

Adab Pergaulan Menurut Dalil Al-Quran Dan Al-Sunnah 3

bab 3 Minta Izin


Salah satu yang menjadi kelaziman ke atas orang Islam apabila terjalin pergaulan sesama mereka ialah hendaklah meminta izin antara satu sama lain ketika berada di ambang pintu untuk memasuki ke ruang rumah yang dilawatinya. Ini adalah satu kewajipan yang merupakan ciri akhlak yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran sepertimana firmanNya: ‘Wahai orang orang yang beriman janganlah kamu masuk ke dalam sesehuah rumah yang bukan rumah kamu sehinggalah kamu meminta izin dan memberi salam ke atas ahli keluarga rurnah tersebut yang demikian itu adalah febih baik semoga kamu dapat mengambil peringatan.’ (Surah Al-Nur: 27)

CARA MEMINTA IZIN
Cara meminta izin yang telah ditetapkan dalam al-Quran ialah dengan memberi salam sebanyak tiga kali kepada ahli keluarga yang menjadi penghuni sesebuah rumah yang hendak diziarahi. Sekiranya diberi keizinan hendaklah masuk dengan baik, seandainya tidak diberi keizinan hendaklah pulang dengan cara yang baik tanpa ada sebarang keraguan atau rasa sedih. Ahli keluarga atau tuan rumah itu mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu yang menyebabkan dia menolak kedatangan anda pada waktu itu. Mengambil langkah untuk pulang ini memang disuruh oleh Allah kepada hamba Nya melalui firman Allah: ‘Dan iika dikata kepada kamu pulang, olehmu, maka hendaklah kamu pulang kerana ini adalah sebijak bijak tindakan bagimu, dan Allah amat mengetahui dengan apa yang kamu lakukan.’ (Surah Al-Nur: 28)


ADAB MENUNGGU KEIZINAN
Ketika menunggu oleh seseorang yang meminta izin hendaklah menunggu dengan sabar sementara tuan rumah memberi keizinan dan menjemput sebagai tetamunya, janganlah anda berdiri di hadapan pintu yang terbuka luas dengan keadaan mata liar memandang mandang atau menjelingjeling ke dalam rumah melalui pintu yang sedang terbuka, atau menilik-nilik di celah-celah lubang pintu yang tertutup, kerana ini melambangkan keperibadian yang tidak elok dari segi akhlak dan juga anda dianggap kurang sopan. Cara yang lebih baik telah ditentukan oleh sunnah iaitu berdiri dengan adab sopan serta tunggu dengan penuh kesabaran di hadapan pintu yang terbuka atau tertutup dengan memberi salam sebanyak tiga kali serta perhatikan apa yang ada di sekitar anda sahaja. jangan sekali kali cuba melakukan apa-apa tindakan melainkan tunggu dan lihat sahaja perkembangan dan tindakannya. Adab ini telah dinyatakan di dalam hadis melalui satu peristiwa yang dilalui sendiri oleh Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Sahli bin Saad Al-Sa'iedi: ‘Bahawa seorang lelaki telah mengintai Rasulullah s.a.w. melalui satu lubang ke dalam sebuah bilik yang mana Rasulullah sedang melilit serban di kepalanya. Setelah ia perasan ada yang mengintai latu Rasulullah berkata, "Kalaulah aku tahu bahawa kamu sedang mengintai nescaya aku cucuk mata kamu melalui lubang itu sesungguhnya di syariatkan keizinan itu disebabkan pandangan mata". (Riwayat Bukhara Muslim, Tarmizi Dan Nasaie) Hadis ini boleh dijadikan sebagai dalil bahawa penantian juga amat perlu kepada adab sopan yang melambangkan kesabaran dan keikhlasan diri dalam menghadapi sesuatu penantian. Tema dalam hadis di atas menunjukkan bahawa sikapnya yang tidak sabar membawa kepada keinginannya hendak tahu, dan ia melambangkan tidak ada amanah dalam jiwanya serta tiada bersopan dalam penantian dan bersikap mata keranjang membuatkan orang lain tidak senang dengan anda.

PERATURAN MINTA IZIN
Apabila anda mengunjungi ke rumah sahabat lalu memberi salam sebagai tanda atau isyarat meminta keizinan lantas tuan rumah bertanya, "Siapa?", maka jangan menjawab, "Saya, saya, saya", bahkan hendaklah menjelaskan, "Saya bernama pulan bin pulan". Bererti sebutkan nama secara jelas dan terang ataupun sebutan panggilan-panggilan yang biasa dipanggil terhadap diri anda yang boleh membantu tuan rumah yang anda ziarahi itu mengenali anda secara jelas, seperti mana dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh jabir, katanya: ‘Aku (Jabir) datang ke rumah Rasulullah maka aku ketuk pintu rumah Rasulullah s.a.w. Maka kata Rasulullah, “Ini siapa?" Aku (Jabir) menjawab, “Saya". Maka kata Rasulullah, "Saya, Saya, Saya”, seolah-olahnya Rasulullah tidak suka dengan jawapan begitu.’ (Riwayat Bukhari Dan Muslim) Sesungguhnya pengajaran dalam hadis di atas ialah dalam melaksana kehidupan ini tidak boleh lari dari keizinan, sama ada dengan kaum keluarga atau orang lain, kerana Islam menyuruh umatnya meminta izin sekalipun orang itu paling hampir dengannya dan tinggal bersama. Dengan keizinan akan terhapus segala kesangsian atau keraguan orang lain terhadapnya, sama ada ibu bapanya atau adik beradiknya lebih lebih lagi sahabat handai, kecuali keadaan memaksa atau kecemasan seperti pertolongan kebakaran dan waktu kesakitan dan sebagainya. Dalam hal akhlak, Islam amat mementingkan saat keizinan ini dengan tujuan bagi menjaga tatasusila hidup yang penuh keharmonian iman dan jiwa yang taqwa lagi sihat, supaya tidak tersentuh dengan situasi yang tidak menyihatkan serta boleh mengeruhkan keadaan. (Rujuk Imarn Abi Muhd. Abdul Rahman Al-Mubarakfuri. 1353H. hlrn. 464). Oleh itu, jelaslah seandainya anda masuk ke mana-mana tempat yang sewajarnya perlu meminta keizinan terlebih dahulu, tetapi jika dilakukan sebaliknya, maka perbuatan itu adalah suatu perbuatan yang amat jahil dan dikesali lebih-lebih lagi jika ia berlaku di kalangan umat Islam, kerana ini bukan akhlak Islam yang diajar oleh nabi kita Muhammad s.a.w. Jangan sekali-kali anda memasuki ke rumah orang lain tanpa izin terlebih dahulu, patuhilah dengan penuh rasa keimanan, taqwa dan bertanggungjawab sebagai seorang muslim.


bab 4 Kasih Mengasihi

Suatu yang sangat dituntut terhadap seseorang muslim ialah pergaulan sesama saudaranya wajib dilakukan dengan baik serta menggembirakan saudaranya. Dengan kata lain tidak membebankan saudaranya dengan sesuatu yang boleh melukakan hati atau menyusahkannya, serta rasa terganggu dan serba salah yang membawa ke arah mendukacitakan. Tanggungjawab ini amat dituntut di dalam Islam sepertimana diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.: ‘Seseorang itu tidak beriman sehinggalah dia mengasihi terhadap saudaranya sepertimana dia kasih terhadap dirinya sendiri’ (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang itu tidak dibenarkan sama sekali untuk menyakiti hati saudaranya, ataupun kawannya menyebabkan saudaranya kecewa menderita putus asa kerananya lebih-lebih lagi menyakiti tubuh badan seperti memukul, mencedera dan sebagainya, ataupun sesuatu yang menyebabkan dia teraniaya, seperti penipuan yang membawa ke arah kegagalan dalam kehidupan serta kesusahan sepanjang hayat. Semua ini ternyata dalam alQuran dan al-Surmah dengan larangan yang amat keras dan tidak dibenar walau apa cara sekalipun.

KEWAJIPAN MENCERIAKAN PERGAULAN
Berdasarkan hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Sesunggubnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati saudaranya sesama Islam’ (Riwayat Baihaqi) Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seseorang hamba bagi menceriakan jiwa saudaranya. Lebih lebih lagi soal menghasilkan sesuatu keperluan atau mencapai kepentingan sesama muslim dalam masa seseorang itu mengejar sesuatu kerjaya dalam hidupnya. Adalah tidak wajar orang lain menghalangnya bahkan dianjur supaya memberi bantuan ke arah usaha tersebut agar segera diperolehinya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya ke arah memberi pertolongan terhadap saudaranya untuk mencapai sesuatu hajat sepertimana dinyatakan di dalam hadisnya yang berbunyi: ‘Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain, yang mana tidak boleh menzalimi antara satu sama lain, dan jangan mengabaikan pertolongan kepadanya dan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah sentiasa menunaikan hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada bala atau sebarang kesusahan, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari qiamat dan sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.’ (Riwayat Bukhari Dan Muslim, Abu Daud) Melalui suruhan Rasulullah terhadap umatnya sepertimana yang difahamkan dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa menjadi suatu kewajipan ke atas orang muslim untuk berusaha bagi mengelokkan pergaulan sesama manusia dengan memberi pertolongan, bantu-membantu antara satu sama lain. Apabila terdapat sesuatu permusuhan atau pertengkaran bersegeralah untuk mendamaikan mereka, seperti firman Allah: ‘Tiada kebaikan dalam segala urusan yang mereka tempuhi melainkan menyeru ke arah kebenaran atau melakukan segala kebajikan ataupun mendamaikan di antara manusia yang bergaduh dan sesiapa yang melaksanakan demikian adalah untuk menuntut keredhaan Allah, semoga Allah berikannya pahala yang berlipat ganda’ (Surah An-Nisa’: 114) Ayat ini bermaksud melarang kejayaan satu golongan yang seringkali merahsiakan dari golongan yang lain, sedangkan golongan yang menjadi mangsa itu juga berhak menerima kejayaan yang sama, maka cara ini seolaholah menunjukkan sifat tamak dan belot yang seringkali terjadi di kalangan umat manusia, lebih-lebih lagi zaman sekarang. Keadaan begini walaupun berjaya tetapi di sisi Allah adalah gagal disebabkan tamak dan belot tadi, bahkan menimbulkan perpecahan yang merugikan perpaduan ummah itu sendiri. (Rujuk Imam Fakhruddin Al-Razi, 1990. hlm. 33-34, juzuk 11)

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
Kejayaan yang sebenar adalah sama sama bermuafakat ke arah kebaikan. Ini merupakan satu sedekah yang membawa perdamaian di kalangan manusia serta menghapuskan rasa irihati, prasangka, keraguan, dendam dan sebagainya. Penjelasan ini dihuraikan melalui hadis Rasulullah s.a.w.:.

‘Setiap ucapan salam dari seseorang ke atasnya adalah sedekah, setiap hari setelah naik matahari kamu bertugas mengadili di antara dua hamba Allah yang bertelagah adalah sedekah, memberi pertolongan untuk mengangkat barang keperluan ke atas kenderaan adalah sedekah dan bercakap dengan cakapan cakapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkahmu untuk ke tempat sembahyang adalah sedekah, begitu juga kamu membuang duri atau apa-apa yang boleh menyakitkan orang di jalanan adalah sedekah.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis ini menunjukkan peranan tanggungjawab dan rasa kasihan belas serta timbang rasa terhadap orang lain itulah yang membawa kepada sikap keimanan itu sendiri dan ia perlu ditanam di dalam jiwa setiap muslim. Inilah yang dituntut di dalam pergaulan hidup bagi setiap lapisan masyarakat yang mengakui dirinya sebagai seorang muslim sepertimana sabda Rasulullahh s.a.w.: ‘Tidak beriman seorang kamu sehinggalah kamu kasib terhadap saudara kamu sepertimana kamu kasih kepada dirimu sendiri.’ (Riwayat Bukhari Muslim)

BERSAMA MENUJU KEREDHAAN ALLAH
Ternyata dalam kehidupan ini boleh dikatakan setiap masa dipenuhi dengan amalan kebajikan yang baik dan diberi ganjaran pahala oleh Allah kepada hamba-Nya yang melakukan kebaikan. Ganjaran ini amat mudah dan senang didapati asalkan apa yang dilaksanakan itu ikhlas kerana Allah s.w.t. Malangnya kebanyakan individu tidak nampak ganjaran dan wawasan terhadap kebaikan, sebaliknya merasakan dirinya hina atau diperbodohkan andai melakukan demikian. Keadaan ini adalah suatu kesilapan besar dalam perhitungan hidup yang sesingkat ini. Dalam menuju keredhaan Allah s.w.t. apa yang lebih malang lagi ialah manusia amat mudah terjerumus ke arah keburukan yang membawa dirinya menjadi keji, yang mana dia sendiri mengusahakan ke arah itu, seperti sifat sombong tidak mahu dikalahkan dan sentiasa menjadi pemenang dalam semua urusan serta menakutkan-nakutkan orang lain. Seringkali si lemah dan si miskin menjadi mangsa. Islam menetapkan kedudukan orang orang yang suka membuat ugutan dengan menakut-nakutkan saudaranya dan membuatkan saudaranya merasa sedih, takut, kecewa dukacita dalam hatinya sebagai zalim. Hukuman ini telah ditegaskan oleh Rasulullah dalarn hadis yang berbunyi: ‘Sesungguhnya seorang lelaki telah mengambil kasut lelaki lain lalu disembunyikannya dengan tujuan hendak bergurau, maka diberi tahu kepada Rasulullah s.a.w., maka jawab Rasulullah jangan kamu menakut-nakutkan saudara kamu sesama Islam, maka sesunggunya menakut-nakutkan saudara kamu itu merupakan kezaliman yang amat besar dosanya.’ (Riwayat Thibrani) Jelas sekali hadis ini menyatakan kedudukan dan hukuman bagi orang yang suka menakut nakutkan orang lain dengan perbuatan ataupun perkataan yang merupakan ugutan itu suatu kezaliman. Di dalam hadis yang lain pula Rasulullah menegaskan perilaku orang yang suka memandang orang lain dengan wajah yang menggerunkan, melalui sabda Nabi s.a.w.: ‘Barangsiapa yang melihat kepada mana-mana orang Islam dengan satu pandangan yang menakut nakutkannya melalui kegeraman walahnya tanpa ada sebarang sebab untuk melakukan demikian maka Allah akan menakutkannya di hari kiamat (seperti apa yang dilakukan terhadap saudaranya di dunia)’. (Riwayat Thibrani) Berdasarkan hadis di atas sekiranya ada sebab sebab tertentu dan berhak dilakukan demikian seperti ibu bapa mengajar anak, guru mengajar murid dengan memberi arahan arahan tertentu secara tegas maka ini dibolehkan dengan maksud rnendidik.

Namun demikian Rasulullah melarang keras bagi orang yang mengacu-acukan senjata tajam kepada orang lain sama ada secara melawak ataupun bertujuan menakut-nakutkan. Andai kata melakukan dernikian malaikat akan melaknatnya hingga ke akhir usianya di dunia ini, sepertimana dalil yang dijelas oleh Rasullah s.a.w.: ‘Sesiapa yang mengisyaratkan atau mengacukan-acukan sebarang senjata tajam yang diperbuat daripada besi, maka sesungguhnya malaikat akan melaknatnya hingga ke akhir hayat sekalipun dia mengisyaratkan kepada saudara seibu atau saudara sebapanya sendiri’ (Riwayat Muslim) Hal ini dipandang berat oleh syariat kerana senjata itu dijadikan sebagai alat untuk mencari rezeki, bukan untuk menakut-nakutkan orang lain ataupun mengancam sesama sendiri yang mungkin mencetuskan suasana tidak aman, darurat yang mungkin membawa ke arah hidup yang tidak ada kesejahteraan dalam masyarakat. (Rujuk Zainul 'Abidin Ibnu Rajah Al-Hamnbali Al-Baghdudi. T.Tarikh. hlrn. 145) Dengan demikian dalam merealisasi hidup ini Allah s.w.t. telah menentukan cara hidup kepada hambanya dengari baik seperti bersaudara sesama Islam, bukan secara sebaliknya, dengan harapan setiap muslim itu akan kembali kepada Allah dengan penuh keredhaan-Nya sebagai ganjaran ketaatan hamba terhadap segala suruhan Allah sebagai khalifah di muka bumi yang mana semua amalan akan dihitung semula.


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...