Tuesday, June 7, 2011

Asas pancing udang, ikut kesesuaian batu ladung

Pelbagai jenis dan saiz mata udang ada di pasaran. Anda boleh memilihnya mengikut kesesuaian tempat. Mata kail biasanya ada dua jenis iaitu berduri pandan dan tiada duri pandan.

Jika memancing di sungai, jenis berduri pandan disyorkan. Untuk kolam, ramai pemancing memilih kail tidak berduri. Saiz mata kail asasnya 5 hingga 8 sesuai untuk semua saiz udang galah.

Jika berhajat memancing udang lebih besar, mata lebih besar lagi diperlukan. Perambut untuk udang sungai ialah 8 hingga 12 paun manakala kolam 6 paun.

Biji kekabu boleh diguna untuk memancing ikan lampam. Selain itu, dedak dan isi kelapa sawit juga meluas digunakan.

Kegunaan asas batu ladung ialah menenggelamkan umpan ke dasar. Jelas tiada beza kegunaan bagi jenis batu ladung ini. Bagi memancing di laut dalam, batu ladung jenis mati meluas digunakan kerana mudah ditukar jika arus berubah.

Penggunaan ladung hidup memerlukan masa untuk mengikat semula perambut jika ingin menukar saiznya.

Ladung jenis ini sesuai untuk memancing ikan yang amat sensitif dengan umpan. Ketika menjamah umpan, ikan itu akan terus menelannya jika ia merasakan tiada bebanan terhadap umpan.

Masa terbaik memancing kolam ikan dan udang komersial ialah sebelah pagi, petang dan malam. Waktu cuaca panas terik, ikan menjadi pasif dan tidak memakan umpan. Anda juga perlu rajin memasang telinga mengenai lubuk di sesebuah kolam untuk memastikan hasil pancingan yang memuaskan.

Sementara itu, bezanya kekili mendatar (multiplier) dan menegak (spinnng) ialah kedudukan kekili pada joran. Kekili mendatar berada di atas joran manakala jenis menegak atau terbuka dipasang pada bawah joran.source

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...